Isnin, 14 Mac 2011

AKU LAGI....

Kali ni pula aku nak share lagu dari group korean yg aku suka.......
enjoy ok.....


BARU JUMPA








Dah lama sangat aku tak update blog aku ni......
tak tau nak tulis apa dan aku pun banyak kerja lain.......
kali ni aku update just nak kongsi korean drama best yang
baru lagi aku layan.......memang terangkat gila la cerita kali ni,
tak jemu kalau tengok banyak kali pun........ok la enjoy the drama.....

Sabtu, 6 November 2010

LAGI KOREAN GROUP IDOL












Aku tengah bosan walaupun sekarang dah nak dekat final exam....saja isi masa dengan cari gambar-gambar band idol kat Korea ni....banyak juga yang aku jumpa....saja je nak perkenalkan kepada sapa-sapa yang nak tahu....enjoy la ye....
Semua member dalam idol group ni semuanya lelaki....cute la diorg....tak jemu mata memandang.....hehehhehehe

DRAMA KOREA BARU: WAJIB TONTON






FUGITIVE:PLAN B

SUNGKYUNKWAN SCANCAL

PLAYFUL KISS

Rabu, 3 November 2010

MAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....disini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaliza dan dua orang tutor beliau yang telah bertungkus lumus mengajar dan membantu saya sepanjang sesi pengajaran subjek sastera multimedia ini. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya dapat ketika melalui proses pengajaran subjek ini yang saya pasti akan dapat membantu saya pada masa hadapan kelak. Segala ilmu yang saya perolehi ini akan saya praktikkan dalam kehidupan harian saya selepas ini.

Isnin, 25 Oktober 2010

NOVEL BARU



Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?