Rabu, 25 Ogos 2010

GEMBIRA @ .....

Ada masa aku rasa diri aku sentiasa diseliputi rasa gembira, tapi ada masanya aku rasa diri aku bagaikan berada terapung diudara menunggu masa untuk jatuh dan mungkin tak akan bangun semula. Hancur rasa hati, jiwa dan perasaan aku sehingga tiada apa yang boleh mencantum dan membalut luka ini kembali. Kadangkala perasaan aku di lukai tanpa disedari. Aku terluka sendiri, aku menangis sendiri, aku membalut luka ini sendiri. Semua rasa telah aku lalui hanya dalam masa beberapa hari, mereka yang melukai tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Mereka ketawa dalam kelukaan aku, mereka tersenyum dalam kesedihan aku dan mereka gembira dalam tangisan aku. Aku tidak akan menghukum, aku tidak pernah berdendam, aku hanya meluahkan kesedihan yang membengkak di dada. aku hanya perlu meluahkan supaya berat perasaanku terasa ringan kembali. Walau pun begitu, setelah apa yang berlaku aku mungkin bukan diri aku yang dahulu lagi, aku serik dilukai, aku tak mahu lagi menangis sendiri. Aku mahu lari dari segala kesedihan, aku tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada sesiapa. Apa yang aku rasa hanya milikku, aku tidak mahu lagi berkongsi dengan sesiapa. Luka ini terlalu dalam untuk ku lupakan, luka ini terlalu berdarah untukku balutinya kembali. Luka ini akan terus segar dan aku masih disini mengingati dan berhati-hati supaya luka lama tidak berulang kembali.

(setelah sekian lama tidak update blog, aku mulakan dengan luahan rasaku yang aku pendam selama ini)

Ahad, 15 Ogos 2010

BALIK KAMPUNG

Baru semalam aku balik dari kampung. Tujuan balik tu untuk berehat dan dapatkan tidur yang secukupnya tapi balik kampung lagi tak cukup rehat, asyik berjalan dan keluar saja...bertambah letih la aku. Dekat kampus sudah la memang tak cukup tidur balik rumah pun sama tapi yang seronoknya dapatla bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga...dapat makan besar maklumlah sesekali balik kampung ayah dengan emak aku akan masak macam-macam hidangan sampai penuh satu meja. Seronok juga kalau sesekali makan macam tu tapi tak boleh la hari-hari maunya bankrap atau membazir je kan. Apa-apa pun masih lagi seronok la balik kampung ni sekarang ni hanya nak tunggu cuti raya nak balik kampung lagi...hehehe

Isnin, 9 Ogos 2010

LAGI LIBRARY

Hari ni pun aku pergi library buat kerja dan cari maklumat...dari pukul 10 pagi tadi sampai pukul 1 lebih...lepas ni ada kuliah pula, kelas Dr. Lim Swee Tin...kelas yang sungguh mencabar minda tapi sekarang ni aku tengah lapar dari pagi tadi takde apa pun yang masuk dalam perut ni...so sebelum aku masuk kelas aku kenan pergi makan dulu rasanya dah macam ada konsert rock dalam perut aku ni...hehehe...kerja yang aku buat pun tak siap-siap lagi malam ni kena sambung balik...aku rasa aku kena berkampung la dekat library ni...

KOREAN GROUP VIDEO





Ni pula antara band Korea yang aku minat sangat...hehehe

HOBI








Hari ni aku nak cerita tentang hobi aku...siapa yang dah kenal aku tu tahu la apa hobi aku...Hobi yang adakala jadi obses pula...aku ni suka membaca novel dan menonton tak kira la cerita apa pun tapi yang paling aku suka adalah menonton drama korea,jepun dan taiwan tapi cerita Melayu ni aku kurang sikit... kat bawah ni antara novel dan cerita yang aku suka...

ADIK-ADIKKU


Ni gambar adik-adik aku yang memang ada dua je pun...

LIBRARY/PERPUSTAKAAN

HARI NI AKU RASA MACAM NAK PERGI PERPUSTAKAAN JE...
AKU NAK BERUBAH JADI RAJIN KOT...HEHEHE....
SEKARANG PUN MASIH DALAM PERPUSTAKAAN MENCARI MAKLUMAT
SAMBIL UPDATE BLOG ,BUKA PULA FACEBOOK ,TENGOK TWITTER
DAN YANG PALING PENTING SEKALI DOWNLOAD CERITA...
TENGOK KAN DAH TAK BOLEH NAK JADI BAIK, ADA KE DOWNLOAD
CERITA DALAM LIBRARY TAPI NAK BUAT MACAM MANA DEKAT
LIBRARY JE INTERNET LAJU NAK HARAPKAN KAT KOLEJ CONFIRM
TAK DAPAT...HUHUHU... TAPI AKU PUN BUAT JUGA KERJA, STUDY
SAMBIL CARI MAKLUMAT UNTUK TUGASAN TAKDE LA BUANG MASA SANGAT KAN,
BOLEH LA NAK JADI BAIK HARI NI KAN...APA-APA PUN HARI NI AKU
MASIH LAGI BANYAK KERJA YANG PERLU DI HANTAR ESOK ATAU DALAM MINGGU
NI DAN MINGGU HADAPAN JADI TAK BOLEH LA NAK BUANG MASA DAH...CHIOW...BYE BYE...



SAJE JE TULIS DALAM HURUF BESAR SEBAB HARI KAN AKU BAIK...HEHEHE

Jumaat, 6 Ogos 2010

BARU

banyak sangat belajar benda baru hari ni...terutamanya belajar buat signature...interesting juga buat benda ni
walaupun agak meletihkan dan membosankan....memang buat benda macam ni kena banyak sabar terutama bagi orang yang tak sabar macam aku ni...signature yang aku buat ni pun bukan nama sebenar aku pun...nama pena la kononnya...hehehe...apa-apa pun memang best la belajar buat benda ni hari ni





PASAR MALAM

Hari ni adik aku datang dari Pelabuhan Klang...lama juga dia kat sini sampai kitaorang

pergi pasar malam dekat Seri Kembangan. Adik aku punya la exited datang sini. Aku

ingat dia excited sebab nak jumpa aku tapi dia excited nak pergi jumpa awek dia kat

Wangsa Maju...hampeh punya adik tapi takpe la juga dia datang sini duit aku takde la

keluar sebab dia belanja makan...jimat aku hari ni. Ini la untungnya ada adik yang dah

kerja...hehehe<

ADIKKU YANG JIWANG

Hari ini adik aku telefon aku lagi...topiknya masih sama...awek awek awek dan awek...nasib baik la aku ni kakak yang memahami. Adik aku kata semalam dia pergi kondo awek dia tapi bukan la naik atas rumah, diorang lepak kat bawah je. Sembang sampai tengah malam tak ingat2 nak balik. Aku bagitau kat dia dari dia melawat awek dia tu baik dia dtang kolej aku jumpa kakak dia ada juga faedahnya...hehehe. Hari ni adikku kata nak datang tapi tak tahu la kalau dah datang malas dia nanti baik dia terperap dalam rumah dia kat Pelabuhan Klang tu je.