Sabtu, 6 November 2010

LAGI KOREAN GROUP IDOL












Aku tengah bosan walaupun sekarang dah nak dekat final exam....saja isi masa dengan cari gambar-gambar band idol kat Korea ni....banyak juga yang aku jumpa....saja je nak perkenalkan kepada sapa-sapa yang nak tahu....enjoy la ye....
Semua member dalam idol group ni semuanya lelaki....cute la diorg....tak jemu mata memandang.....hehehhehehe

DRAMA KOREA BARU: WAJIB TONTON






FUGITIVE:PLAN B

SUNGKYUNKWAN SCANCAL

PLAYFUL KISS

Rabu, 3 November 2010

MAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....disini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaliza dan dua orang tutor beliau yang telah bertungkus lumus mengajar dan membantu saya sepanjang sesi pengajaran subjek sastera multimedia ini. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya dapat ketika melalui proses pengajaran subjek ini yang saya pasti akan dapat membantu saya pada masa hadapan kelak. Segala ilmu yang saya perolehi ini akan saya praktikkan dalam kehidupan harian saya selepas ini.

Isnin, 25 Oktober 2010

NOVEL BARU



Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Selasa, 21 September 2010

RAYA...RAYA...RAYA

sajak baru

TANAH MERDEKA

Tanah ini
Tanah merdeka
Tanah ini
Tanah bertuah
Tanah hasil darah yang tumpah
Tanah derita para pejuang
Tanah ini pernah goncang
Dek suara tangisraung
Dek suara jeritpekik
Anak tanah ini
Tanah merdeka ini telah tumbuh
Anak watan pencinta negara
Anak watan pejuang bangsa
Anak watan pembela agama
Bersama semangat juang
Bersama keberanian tekad
Mereka menyambung nyawa
Demi tanah ini
Demi tanah merdeka ini.

Rabu, 25 Ogos 2010

GEMBIRA @ .....

Ada masa aku rasa diri aku sentiasa diseliputi rasa gembira, tapi ada masanya aku rasa diri aku bagaikan berada terapung diudara menunggu masa untuk jatuh dan mungkin tak akan bangun semula. Hancur rasa hati, jiwa dan perasaan aku sehingga tiada apa yang boleh mencantum dan membalut luka ini kembali. Kadangkala perasaan aku di lukai tanpa disedari. Aku terluka sendiri, aku menangis sendiri, aku membalut luka ini sendiri. Semua rasa telah aku lalui hanya dalam masa beberapa hari, mereka yang melukai tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Mereka ketawa dalam kelukaan aku, mereka tersenyum dalam kesedihan aku dan mereka gembira dalam tangisan aku. Aku tidak akan menghukum, aku tidak pernah berdendam, aku hanya meluahkan kesedihan yang membengkak di dada. aku hanya perlu meluahkan supaya berat perasaanku terasa ringan kembali. Walau pun begitu, setelah apa yang berlaku aku mungkin bukan diri aku yang dahulu lagi, aku serik dilukai, aku tak mahu lagi menangis sendiri. Aku mahu lari dari segala kesedihan, aku tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada sesiapa. Apa yang aku rasa hanya milikku, aku tidak mahu lagi berkongsi dengan sesiapa. Luka ini terlalu dalam untuk ku lupakan, luka ini terlalu berdarah untukku balutinya kembali. Luka ini akan terus segar dan aku masih disini mengingati dan berhati-hati supaya luka lama tidak berulang kembali.

(setelah sekian lama tidak update blog, aku mulakan dengan luahan rasaku yang aku pendam selama ini)

Ahad, 15 Ogos 2010

BALIK KAMPUNG

Baru semalam aku balik dari kampung. Tujuan balik tu untuk berehat dan dapatkan tidur yang secukupnya tapi balik kampung lagi tak cukup rehat, asyik berjalan dan keluar saja...bertambah letih la aku. Dekat kampus sudah la memang tak cukup tidur balik rumah pun sama tapi yang seronoknya dapatla bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga...dapat makan besar maklumlah sesekali balik kampung ayah dengan emak aku akan masak macam-macam hidangan sampai penuh satu meja. Seronok juga kalau sesekali makan macam tu tapi tak boleh la hari-hari maunya bankrap atau membazir je kan. Apa-apa pun masih lagi seronok la balik kampung ni sekarang ni hanya nak tunggu cuti raya nak balik kampung lagi...hehehe

Isnin, 9 Ogos 2010

LAGI LIBRARY

Hari ni pun aku pergi library buat kerja dan cari maklumat...dari pukul 10 pagi tadi sampai pukul 1 lebih...lepas ni ada kuliah pula, kelas Dr. Lim Swee Tin...kelas yang sungguh mencabar minda tapi sekarang ni aku tengah lapar dari pagi tadi takde apa pun yang masuk dalam perut ni...so sebelum aku masuk kelas aku kenan pergi makan dulu rasanya dah macam ada konsert rock dalam perut aku ni...hehehe...kerja yang aku buat pun tak siap-siap lagi malam ni kena sambung balik...aku rasa aku kena berkampung la dekat library ni...

KOREAN GROUP VIDEO





Ni pula antara band Korea yang aku minat sangat...hehehe

HOBI








Hari ni aku nak cerita tentang hobi aku...siapa yang dah kenal aku tu tahu la apa hobi aku...Hobi yang adakala jadi obses pula...aku ni suka membaca novel dan menonton tak kira la cerita apa pun tapi yang paling aku suka adalah menonton drama korea,jepun dan taiwan tapi cerita Melayu ni aku kurang sikit... kat bawah ni antara novel dan cerita yang aku suka...

ADIK-ADIKKU


Ni gambar adik-adik aku yang memang ada dua je pun...

LIBRARY/PERPUSTAKAAN

HARI NI AKU RASA MACAM NAK PERGI PERPUSTAKAAN JE...
AKU NAK BERUBAH JADI RAJIN KOT...HEHEHE....
SEKARANG PUN MASIH DALAM PERPUSTAKAAN MENCARI MAKLUMAT
SAMBIL UPDATE BLOG ,BUKA PULA FACEBOOK ,TENGOK TWITTER
DAN YANG PALING PENTING SEKALI DOWNLOAD CERITA...
TENGOK KAN DAH TAK BOLEH NAK JADI BAIK, ADA KE DOWNLOAD
CERITA DALAM LIBRARY TAPI NAK BUAT MACAM MANA DEKAT
LIBRARY JE INTERNET LAJU NAK HARAPKAN KAT KOLEJ CONFIRM
TAK DAPAT...HUHUHU... TAPI AKU PUN BUAT JUGA KERJA, STUDY
SAMBIL CARI MAKLUMAT UNTUK TUGASAN TAKDE LA BUANG MASA SANGAT KAN,
BOLEH LA NAK JADI BAIK HARI NI KAN...APA-APA PUN HARI NI AKU
MASIH LAGI BANYAK KERJA YANG PERLU DI HANTAR ESOK ATAU DALAM MINGGU
NI DAN MINGGU HADAPAN JADI TAK BOLEH LA NAK BUANG MASA DAH...CHIOW...BYE BYE...



SAJE JE TULIS DALAM HURUF BESAR SEBAB HARI KAN AKU BAIK...HEHEHE

Jumaat, 6 Ogos 2010

BARU

banyak sangat belajar benda baru hari ni...terutamanya belajar buat signature...interesting juga buat benda ni
walaupun agak meletihkan dan membosankan....memang buat benda macam ni kena banyak sabar terutama bagi orang yang tak sabar macam aku ni...signature yang aku buat ni pun bukan nama sebenar aku pun...nama pena la kononnya...hehehe...apa-apa pun memang best la belajar buat benda ni hari ni





PASAR MALAM

Hari ni adik aku datang dari Pelabuhan Klang...lama juga dia kat sini sampai kitaorang

pergi pasar malam dekat Seri Kembangan. Adik aku punya la exited datang sini. Aku

ingat dia excited sebab nak jumpa aku tapi dia excited nak pergi jumpa awek dia kat

Wangsa Maju...hampeh punya adik tapi takpe la juga dia datang sini duit aku takde la

keluar sebab dia belanja makan...jimat aku hari ni. Ini la untungnya ada adik yang dah

kerja...hehehe<

ADIKKU YANG JIWANG

Hari ini adik aku telefon aku lagi...topiknya masih sama...awek awek awek dan awek...nasib baik la aku ni kakak yang memahami. Adik aku kata semalam dia pergi kondo awek dia tapi bukan la naik atas rumah, diorang lepak kat bawah je. Sembang sampai tengah malam tak ingat2 nak balik. Aku bagitau kat dia dari dia melawat awek dia tu baik dia dtang kolej aku jumpa kakak dia ada juga faedahnya...hehehe. Hari ni adikku kata nak datang tapi tak tahu la kalau dah datang malas dia nanti baik dia terperap dalam rumah dia kat Pelabuhan Klang tu je.

Jumaat, 30 Julai 2010

29. kalau kita berpaling dia semakin jauh

30. pintu ape yg kalau ditarik dengan sepuluh orang pon tak boleh tarik jugak.?

31. antara banyak - banyak pokok. pokok ape klau kita nampak kita lari.

32. ade pada ayam,tiada pada itik,2 pd kakak,1 pd adik,bsar pd arnab,kecil pada kambing,ada pada ada,ada pada yg tiada,APAKAH DIA

33. banyak banyak ikan apa yng ada senjata

34. bende ape yg ade muke dgn tlinge jer..tp x ade idung,mata mulut kaki tgn n lain2.

35. pokok apa paling berani sekali didunia
27. 4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?

28. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
21. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

22. Apa benda yang manis tapi menyakitkan?

23. Apa yang mahal pada BMW

24. Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.

25. bukak baju, pakai bedak, apakah ia?

26. Apa nama sudirman masa kecil?

teka-teki

17. Apa benda semakin dipotong semakin panjang?

18. Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer...

19. MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.

20. :Ke nape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

SEKUNTUM MAWAR MERAH

Sekuntum mawar merah
Dari kelopak
Menjadi kuntum yang mekar

Sekuntum mawar merah
Tumbuh subur
Di taman idaman
Tangkai yang berduri
Mengundang memori
Mengundang kenangan
Mengundang kekecewaan


Sekuntum mawar merah
Kuntum mekarnya
Melahirkan keindahan
Menyerlahkan kenyamanan
Mewujudkan kedamaian

Sekuntum mawar merah
Menghimpun segala rasa
Menerbit segala nostalgia.

tekaki-teki

13. Badannya keras tapi kurus, Berbadan tapi
tidak bertangan dan berkaki. Berkepala
hitam, tapi tiada bermata, hidung, telinga.
Apakah itu?
14. Tingkap yang tidak pernah ada langsir?
15. "Akulah bola tergantung tinggi,
Menjadi pujaan seekor burung;
Apabila aku tiada lagi,
Gelap gelita hidup pun murung
16. "Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?"

teka-teki

7. Bebanyak tempat,dimanakah air tidak pernah cerah?
8. Lima pasang stokin direndam didalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau,biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
9.Aku berjalan di tepi pantai,diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang,tiada kesan tapak kakiku.Kenapa?
10. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
11. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup,namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
12.Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
4. dalam banyak banyak air, air apa yang paling berani

5. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

6. : Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

TEKA-TEKI HARI INI

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk?

2. Dalam banyak banyak cecair, cecair apakah akan beku apabila dipanaskan?

3. Apabila ditarik diatas gembira, dibawah merana, apakah ia?

Sabtu, 24 Julai 2010

family

seronoknya hari ni, family aku datang. Makan durian dekat tepi tasik. Nikmatnya tak terkata. sapa-sapa nak join jom la, kedatangan anda sangat2 di alu-alukan.

Jumaat, 23 Julai 2010

KELAS GANTI

Sedang dalam kelas ganti Kesusasteraan Multimedia.....buat movie maker tentang simpulan bahasa dan peribahasa.Seronok juga buat kerja amali berkumpulan macam ni, boleh mengeratkan silaturrahim sesama kami. Tapi kena cepat buat kerja nanti tak dapat markah... hehehe

MAWAR HITAM

Simbahan lampu neon memberi sinar gelap malam
Namun cahayanya kelam seiring ketibaan malam
Malam yang gelap terus menutup mata dan telinga
Dari sang mawar yang sudah hilang harumnya
Dari sang mawar yang sudah hilang serinya

Itulah yang digelar
Mawar berduri
Mawar tercemar
Mawar hitam

Jerit pekik dan gelak tawa mereka
Mencemar malam
Menghitamkan malam yang gelap
Hilai tawa dan suka hati mereka
Menambah onak duri hidup
Menambah rencah dan ranjau hidup



Hidup mereka penuh ranjau berduri
Hasil kecuaian diri
Hasil kejahilan jiwa
Hasil ketamakan hati
Diri dan jiwa merana sendiri
Tanpa tempat bergantung
Mereka terus hanyut.

Khamis, 22 Julai 2010

CINTA AGUNG

C I N T A
Serangkai kata yang
Memberi makna berbeza
Bagi setiap insan

Cinta yang agung
Cinta yang terindah
Lahir dari hati dan sanubari
Yang luhur dan ikhlas

Cinta pada-Mu
Membuat aku bahagia
Cinta ku pada-Mu
Ibarat laut tanpa pantai
Hujan tanpa awan
Rinduku pada-Mu
Bagai mabuk tanpa anggur
Makan tanpa kenyang


Kini aku mengerti
Cinta agung
Cinta terindah
Hanya cinta pada ALLAH
Hanya cinta pada-Nya yang kekal abadi.