Rabu, 25 Ogos 2010

GEMBIRA @ .....

Ada masa aku rasa diri aku sentiasa diseliputi rasa gembira, tapi ada masanya aku rasa diri aku bagaikan berada terapung diudara menunggu masa untuk jatuh dan mungkin tak akan bangun semula. Hancur rasa hati, jiwa dan perasaan aku sehingga tiada apa yang boleh mencantum dan membalut luka ini kembali. Kadangkala perasaan aku di lukai tanpa disedari. Aku terluka sendiri, aku menangis sendiri, aku membalut luka ini sendiri. Semua rasa telah aku lalui hanya dalam masa beberapa hari, mereka yang melukai tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Mereka ketawa dalam kelukaan aku, mereka tersenyum dalam kesedihan aku dan mereka gembira dalam tangisan aku. Aku tidak akan menghukum, aku tidak pernah berdendam, aku hanya meluahkan kesedihan yang membengkak di dada. aku hanya perlu meluahkan supaya berat perasaanku terasa ringan kembali. Walau pun begitu, setelah apa yang berlaku aku mungkin bukan diri aku yang dahulu lagi, aku serik dilukai, aku tak mahu lagi menangis sendiri. Aku mahu lari dari segala kesedihan, aku tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada sesiapa. Apa yang aku rasa hanya milikku, aku tidak mahu lagi berkongsi dengan sesiapa. Luka ini terlalu dalam untuk ku lupakan, luka ini terlalu berdarah untukku balutinya kembali. Luka ini akan terus segar dan aku masih disini mengingati dan berhati-hati supaya luka lama tidak berulang kembali.

(setelah sekian lama tidak update blog, aku mulakan dengan luahan rasaku yang aku pendam selama ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan